Pages

Apr 29, 2011

:: Jom Bayar Cukai ::

Bulan April adalah bulan yang sibuk bagi kakitangan LHDN. Begitu juga kita sebagai kakitangan awam. Ada tugas dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan iaitu "Membayar Cukai". Tarikh akhir untuk taksiran cukai individu bagi Tahun 2010 adalah pada 30 April 2011.

Bagi yang dah suntuk masa, e-Filing adalah jalan terbaik untuk lunaskan tugas ini. Tetapi, anda mesti sudah berdaftar dengan LHDN dahulu untuk mendapatkan nombor rujukan. Apabila dah berdaftar, dengan sekali klik... dalam 15 minit borang anda dah selamat sampai ke LHDN. Jimat duit, jimat masa, jimat tenaga. Orang LHDN pun senang kerja tak payah nak buka dan belek2 borang (hardcopy) kita. Tengok komputer je, semua dah siap.

Untuk pengetahuan pengguna, berdasarkan pengetahuan saya jumlah gaji yang dikenakan cukai adalah GAJI POKOK termasuk TUNGGAKANYA dan ELAUN BANTUAN HIDUP SUSAH. Lain-lain elaun dikira tidak dikenakan cukai. Rujuk maklumat berikut : Kertas Makluman Perbendaharaan

Untuk maklumat lebih terperinci tentang e-Filing, rujuk blog ini : myksosial.wordpress.com

Jan 21, 2011

:: Daftar Elektrik TNB ::

Just nak kongsi pengetahuan. Kalau kita nak buka akaun elektrik TNB @ nak tukar nama akaun (bahasa senang nak hidupkan letrik), ada keperluan yang kena diselesaikan dulu. Kalau harap nak pergi time tu dan selesai time tu juga, tak de maknanya. Ni pengalaman aku pergi tukar nama akaun TNB di Kedai Tenaga, Bahau. Penat ulang-alik. Jadi, tak mau berlaku kat org lain pula. Berikut keperluan yang mesti ada sebelum permohonan diluluskan :
  1. Salinan Kad Pengenalan Penghuni - 1 Copy
  2. Salinan Kad Pengenalan Saksi (siapa2 je cthnya isteri, anak dsb) - 1 Copy
  3. Geran rumah/kalau kuaters guru : Borang Am73
  4. Surat Akujanji TNB (kena ambil dulu di TNB) - Beli setem hasil RM10 dan "matikan" setem tu.
  5. Setem hasil RM10 - 2 keping (1 tampal pada Surat Akujanji tadi, 1 lagi bawa masa daftar)
  6. Deposit @ caj tukar nama - RM123 (untuk domestik - rumah biasa)
Kesimpulannya, kepada yang nak berurusan 'hidup'kan elektrik, pastikan semua di atas selesai. Kalau tak, berulang-alik la ke TNB tu. Kalau dekat takpe. Tapi, kalau jauh....

Surat Akujanji TNB dan Setem Hasil