Pages

Apr 23, 2020

Solat Terawih 8 Rakaat

Bulan Ramadan menjelma lagi. Yang membezakan tahun 2020 ni kita sambut Ramadan semasa PKP sedang berkuatkuasa. Berikut saya kongsikan Kaifiat Solat Terawih 8 Rakaat dan Witir 3 Rakaat berkjemaah yang boleh kita lakukan dengan keluarga kita. 


  1. Panduan / Kaifiat
  2. Surah-surah
  3. Panduan Lengkap (JAKIM)
Semoga bermanfaat.

Sep 7, 2019

:: Permohonan MRSM Ting. 1 dan 4 Sesi 2020 ::

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan 4 MRSM sesi 2020 secara atas talian kini dibuka. Murid-murid dengan bimbingan ibu bapa boleh memohon secara atas talian bermula 08 Sept 2019 - 30 Nov 2019. 

Permohonan boleh dibuat di url --> https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/


Sep 4, 2019

:: Permohonan Ting. 1 dan 4 SBP Sesi 2020 ::



Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan 4 SBP sesi 2020 kini telah dibuka. Murid-murid dengan bimbingan ibu bapa boleh memohon secara atas talian bermula 27 Ogos 2019 - 27 Sept 2019. Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) akan berlangsung dalam tempoh 14-18 Oktober 2019.

Pastikan anda ada angka gilira UPSR anak-anak !  Permohonan boleh dibuat di url --> https://sst1.moe.gov.my/


:: Pindah Fail LHDN ::

Tahukah anda ? Apabila anda berpindah ke tempat lain khasnya antara negeri, sebenarnya secara tidak langsung cawangan pentadbiran cukai anda telah pun bertukar. Jadi, anda perlu meminta fail anda dipindahkan ke cawangan pentadbiran baharu jika keadaan ini berlaku.

Sebagai contoh kes yang berlaku kepada saya... 😄

Saya bertugas kali pertama di Sabah iaitu 2009. Jadi, saya daftar fail cukai di Sabah (Kota Kinabalu). Pada tahun 2011, saya telah berpindah ke Semenanjung. Cukai saya bayar tiap2 tahun melalui PCB. Pada tahun 2019, saya dapat surat cinta daripada LHDN Cawangan KK meminta Akaun Terperinci, Pengiraan Cukai dan Dokumen Sokongan untuk Taksiran Tahun 2017. Mulai hari tu, baru tahu rupa2nya, ada baiknya fail kita dipindahkan ke tempat terhampir kita. Kawan2 yg rajin bayar cukai tahu apa benda Akaun Terperinci ni kan... Hehehe...

Bagi yg 1st time kena macam aku ni, aku kongsi sikit apa nak buat kalau dapat surat cinta ni.
  1. Pertama : Kumpulkan la mana2 resit yg ada. At least ada 1 untuk satu2 tahun yg dikehendaki. Cth resit Tadika, mungkin dah hilang. Kebetulan ada 1 je resit utk thn tu yg ada, bg aje resit tu.
  2. Utk kes aku yg dah jauh di seberang laut ni, sbnranya bukan isu besar pun. Lepas call pegawai LHDN KK, jawapan dia senang je. Cikgu emel pun boleh.... Jadi, apa2 resit @ penyata yg ada, emelkan kpd pegawai meja kita.
  3. Pegawai meja maksudnya, apabila kita dapat surat cinta ni sebenarya ada dituliskan nama pegawap yg perlu kita hubungi utk selesaikan urusan kita. Maknanya, pegawai ini bertanggungjawab utk jaga urusan ini sampai selesai. Jgn segan2 utk call pegawai ini. Mereka akan bantu anda hingga selesai.
Untuk topik utama berkenaan pindah fail pula, sebenarnya LHDN dah memudahkan sangat urusan kita. Tuan2 hanya perlu emelkan sahaja maklumat diri termasuklah no cukai kepada pegawai yg berkenaan dan minta beliau pindahkan fail ke cawangan yg terdekat dengan tuan2. Nak tau pegawai mana ? Kena la call cawangan asal. Boleh rujuk sesawang LHDN di url --> http://www.hasil.gov.my/index.php

May 31, 2019

:: Bunyi Bising Bahagian Enjin Kereta ::

Pernah dengar bunyi bising @ kasar daripada bahagian enjin kereta anda ? Pasti perkara paling merisaukan anda ialah kalau melibatkan aircond compressor @ water pump @ alternator. Ini kerana alat ganti untuk barang2 ni bukan murah... 😵

A/C Compressor
Harga Alternator
Water Pump
Jangan cepat nak tukar baharu. Kalau ada banyak duit okey la. Tak jadi isu. Sebenarnya ada cara yang lebih murah dan bagus. Murah sebab harganya pasti lebih rendah daripada beli alat ganti baharu. Bagus sebab barang original masih kekal. Kita ganti part tertentu je dalam barang tu. Caranya mudah aje. Bawa kereta ke bengkel motor (elektrik). Biasanya berpunca daripada bearing je yang rosak. Tak payah ganti seketul. Pilihan di tangan anda.

Proton Gen-2 Campro
Air Cond Compressor
Alternator (Internal Bearing)

Bunyi bising di bahagian enjin kereta itu adalah perkara biasa disebabkan banyak komponen berputar (rotating parts). Komponen berputar selalunya akan mengalami masalah bunyi jika sekiranya ada masalah mis-allignment, bearing rosak dan sebagainya.

Dalam kes compressor, selalunya apabila bunyi bising seorang mekanik yang tidak jujur dan amanah akan meminta anda menggantikannya dengan compressor yang baru.

Nanti dulu ! Sebenarnya anda boleh minta mekanik periksa keadaan belting, pulley, tensioner mounting dan sebagainya.

Contoh yang ketara adalah masalah bearing rosak. Sebenarnya bearing pulley saja yang rosak, bukan air-cond compressor itu yang rosak. Bearing ini boleh ditukar untuk pengetahuan anda. Jadi anda jimat lagi duit. Jadi, bawa la kereta anda ke bengkel motor (elektrik). Mereka memang buat benda ni. Kalau bengkel biasa, tak mau dia orang buat. Kerja leceh.. dapat tak banyak.. 😈

Perhatian! Bukan saya cakap compressor tiada masalah langsung, tapi ini sebagai langkah berjaga-jaga sebelum terima bulat-bulat untuk tukar compressor.

Sekiranya bunyi bising berpunca dari internal compressor, maka sudah tiba masa untuk anda menukarkannya.

Aug 19, 2017

:: Kereta Tersengguk-Sengguk ::

Ini kereta saya... Baharu lagi. Beli tahun 2010. Baru2 ni, balik raya kereta buat hal. Masa servis tak nak buat hal. Boleh repair terus. Kereta ni jadi tersengguk-sengguk. Dah la pakai NGV, makin parah la keadaannya. Saya pun mencari maklumat kemungkinan terjadinya kes sengguk-sengguk ni. Tadaaa.... Akhirnya, jumpa. Puncanya :
  1. kabel plug dah "kong". Bukan setakat "kong", rentung lagi.... 
  2. Ada air kat kawasan palam pencucuh tu. Ni gara2 cuci enjin la...
Maka, Hari Raya tu terpaksa la disimpan je Gen-2 kesayangan ni. Pagi raya kedua, beraya di Pemanis. Singgah di bandar Segamat. Alhamdulillah, buka pula kedai alat ganti kenderaan. Akhirnya, dapat kabel plug ni. Harganya RM45.00. Saya pasang sendiri je... Mula2 okey, tapi tak berapa lama semput balik.

Masa tu, punca kedua tak dapat dapat di kenalpasti lagi. Tukar kabel je.. Puas check... Last2, bila buka balik kabel tu, ada macam serbuk putih kat area kabel yang bersambung dgn plug tu. Suluh dgn lampu picit, rupa2nya ada air kat area plug tu. Sedut dgn vakum cleaner, jemur kejap, pasang balik kabel, test drive. Alhamdulillah, masalah selesai. Nasib baik ada pak cik Google, kalau dgr kata org siap kata fuel pump rosak. Ingat murah ke nak ganti fuel pump ni... Kesimpulannya, ilmu ada di mana-mana. Senang diakses. Sekali klik, semua dapat. Pandai2 la nak tapis maklumat tu.

Apr 29, 2011

:: Jom Bayar Cukai ::

Bulan April adalah bulan yang sibuk bagi kakitangan LHDN. Begitu juga kita sebagai kakitangan awam. Ada tugas dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan iaitu "Membayar Cukai". Tarikh akhir untuk taksiran cukai individu bagi Tahun 2010 adalah pada 30 April 2011.

Bagi yang dah suntuk masa, e-Filing adalah jalan terbaik untuk lunaskan tugas ini. Tetapi, anda mesti sudah berdaftar dengan LHDN dahulu untuk mendapatkan nombor rujukan. Apabila dah berdaftar, dengan sekali klik... dalam 15 minit borang anda dah selamat sampai ke LHDN. Jimat duit, jimat masa, jimat tenaga. Orang LHDN pun senang kerja tak payah nak buka dan belek2 borang (hardcopy) kita. Tengok komputer je, semua dah siap.

Untuk pengetahuan pengguna, berdasarkan pengetahuan saya jumlah gaji yang dikenakan cukai adalah GAJI POKOK termasuk TUNGGAKANYA dan ELAUN BANTUAN HIDUP SUSAH. Lain-lain elaun dikira tidak dikenakan cukai. Rujuk maklumat berikut : Kertas Makluman Perbendaharaan

Untuk maklumat lebih terperinci tentang e-Filing, rujuk blog ini : myksosial.wordpress.com